bintang biru

Sabtu, 02 Februari 2013

SURAH AL FATIHAH


Surah Al Fatihah

Tafsir Surah Al fatihah
Terjemahan Surah Al Fatihah
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.  Sumber
Surah Al Fatihah adalah surah yang di turunkan di Makkah dan mempunyai 7 ayat. Surah ini di namakan Surah Al Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai surah pembuka dan permulaan di dalam Al Quran. Surah Al Fatihah juga di kenali sebagai Ummul Kitabatau Ummul Quran kerana ia merupakan ibu atau induk kepada isi Al Quran dan menjadi intisari daripada kandungan Al Quran itu sendiri.
Surah Al Fatihah adalah rukun didalam setiap solat. Setiap solat yang didirikan wajib membaca Surah Al Fatihah dengan betul daripada semua sudut sperti sebutan dan juga hukum tajwidnya. Jika baca surah al fatihah pun tak betul, maka solat itu tidak sah. Jadi untuk semua umat Islam belajarlah untuk membaca surah al fatihah dengan betul terlebih dahulu kerana ia sangat penting dalam solat kita. Bayangkan jika kita solat setiap hari tetapi bacaan al fatihah kita tidak betul, alangkah ruginya kita, solat kita tidak sah, sia sia sahaja.
Selain itu juga surah al fatihah juga antara surah yang paling banyak di baca di atas muka bumi ini, ini adalah kerana setiap solat yang didirikan wajib membaca surah al fatihah.
 Video bacaan surah Al Fatihah daripada Fahd Al Kanden
semoga surah al fatihah ini bisa memberikan inspirasi diri dan bisa bermanfaat dalam kehidupan sehari2  wassalam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar